Followers

Wednesday, March 21, 2018

Proud teacher!

Alhamdulillah, sekarang sudah bergelar seorang guru. Lain betul bidang tapi pengalaman kali sangat bermakna. Semoga dapat berkhidmat dengan baik. Ikhlas. Selepas tu barulah nikmat. Kepuasan yang kita dapat dari menyebarkan ilmu. Puas dapat memberi faham. Apapun dari Allah.

Taklifan untuk mendidik anak-anak pratahfiz. Terserlah keibuan pada diri tatkala teacher-teacher lain sangat 'agresif' dalam mendidik. Aduhai, muka anak-anak teacher yang kurang faham dalam kelas sangat melembutkan hati teacher. Teacher perlu lebih rajin, lebih positif. Insyaallah, anak-anak teacher akan turut sama positif.

Teacher nana.

Ramai parents panggil saya panggilan tu. Saya rasa bahagia bila anak pratahfiz teacher mampu bertutur. Hatta memanggil nama teacher nana untuk minta izin ke tandas. Amanah. Perilaku kena jaga. Bijak ilmu bukan semata. Bukan mudah untuk anak-anak bersuara. Konfiden diri. Itu yang utama. Cepat pandai membaca bukan ukurannya.

Alhamdulillah, saya bahagia dengan cara saya mengajar. Tapi, masih banyak ruang untuk perbaiki softskill. Saya bahagia dapat lontarkan idea dan realisasikan apa yang saya fikir. Maka terhasillah, kelas saya yang 100% adalah hasil kreativiti saya. Bagi saya, kelas cantik, banyak input anak-anak lagi suka nak belajar. Environment belajar. Then, they know, we enter the class to learn. Of course our medium is english. My english is improving from day to day. So lucky!

Okey, i love to share my classroom progress!