Followers

Wednesday, March 21, 2018

Proud teacher!

Alhamdulillah, sekarang sudah bergelar seorang guru. Lain betul bidang tapi pengalaman kali sangat bermakna. Semoga dapat berkhidmat dengan baik. Ikhlas. Selepas tu barulah nikmat. Kepuasan yang kita dapat dari menyebarkan ilmu. Puas dapat memberi faham. Apapun dari Allah.

Taklifan untuk mendidik anak-anak pratahfiz. Terserlah keibuan pada diri tatkala teacher-teacher lain sangat 'agresif' dalam mendidik. Aduhai, muka anak-anak teacher yang kurang faham dalam kelas sangat melembutkan hati teacher. Teacher perlu lebih rajin, lebih positif. Insyaallah, anak-anak teacher akan turut sama positif.

Teacher nana.

Ramai parents panggil saya panggilan tu. Saya rasa bahagia bila anak pratahfiz teacher mampu bertutur. Hatta memanggil nama teacher nana untuk minta izin ke tandas. Amanah. Perilaku kena jaga. Bijak ilmu bukan semata. Bukan mudah untuk anak-anak bersuara. Konfiden diri. Itu yang utama. Cepat pandai membaca bukan ukurannya.

Alhamdulillah, saya bahagia dengan cara saya mengajar. Tapi, masih banyak ruang untuk perbaiki softskill. Saya bahagia dapat lontarkan idea dan realisasikan apa yang saya fikir. Maka terhasillah, kelas saya yang 100% adalah hasil kreativiti saya. Bagi saya, kelas cantik, banyak input anak-anak lagi suka nak belajar. Environment belajar. Then, they know, we enter the class to learn. Of course our medium is english. My english is improving from day to day. So lucky!

Okey, i love to share my classroom progress!






Friday, September 11, 2015

My Internship Experience!


Bismillah.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah baru selesai mengikuti Program Latihan Industri atau dalam kata lain ialah praktikal. Memandangkan kos saya membolehkan pelajar untuk memilih tempat praktikal sendiri jadi saya memilih untuk praktikal di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Terengganu. 


Bagi pelajar yang ingin memohon praktikal kat situ boleh la buat seperti berikut:

1. Emailkan surat permohonan latihan industri yang dikeluarkan oleh jabatan anda ke       jkstr@esyariah.gov.my

2. atau fakskan surat anda ke nombor berikut kemudian telefon ke nombor untuk membuat pengesahan surat yang kita hantar sama ada sampai atau tidak.

telefon: 096232323
faks    : 096241510

3. pihak pengurusan akan membuat surat balas dalam masa yang terdekat dan cepat. 

4. Dah dapat perlu ikut sistem manual seperti yang ditunjukkan di dalam myum untuk pendaftaran subjek praktikal ni bila dibuka. Kalau susah sangat ada masalah pergi ke SERU bahagian latihan dan kerjaya tak silap. 

5. Boleh juga mohon melalu sistem seperti yang di dalam myum, tapi bagi saya proses dia ambil masa lama. Kesimpulannya, paling mudah, hantar dulu permohonan kepada company yang kita suka, dah dapat surat persetujuan kita, daftar dekat myum ikut cara manual. Semuanya dah ada panduan dalam myum. 

Untuk mohon praktikal di Mahkamah ni, make sure yang korang adalah pelajar syariah. Tak semestinya mesti dari jurusan Syariah Undang-undang. Jadi, jangan takut untuk memohon. 

Okay, masuk kepada pengalaman praktikal di sana. 


Still ingat lagi waktu hari pertama lapor diri, risau, neves tu perkara biasa. Budak baru nak belajar kerja. Sebelum ni tak pernah kerja, even nak kerja kedai runcit umi x bagi. So, zero experience! Macam-macam ada dalam fikiran, nak berkomunikasi dengan staf, dengan pelanggan, dgn pentadbiran, dengan hakim. Semua tu buat kita jadi neves. Neveslah takut kita tak dapat berikan yang terbaik dan bimbang kalau kerja kita tidak memuaskan hati penilai. 

So, dapatlah meja kerja pertama saya dalam hidup. Besar. Puashati. Kerusi pun selesa. Cuma sedih tidak disediakan komputer. Jadi korang perlu bawak laptop sendiri okay! Oleh sebab pakaian rasmi adalah baju kurung, maka sepanjang minggu praktikal sempatlah siap 2 baju kurung saja, hari lain terpaksa pakai jubah sebab pakaian jenis jubah je yang saya pakai sebelum ni. Oh My Jubah! Nasib baik umi tukang jahit profesional! Hehehe.

Kerja utama saya sudah tentulah di unit kehakiman. Tugasnya menyiapkan fail kes yang dah selesai, belum selesai, siapkan perintah mahkamah, jawab panggilan pelanggan, siapkan pembahagian faraid dan sebagainya. Namun, pada masa yang sama kita kenalah lincah dan jangan statik. Walaupun orang tak suruh kita jaga kaunter, kita tu kenalah ringan tulang pegi jaga kaunter, Eh, jaga kaunter ni penting kut kalau nak faham prosedur n nk improve korang punya softskill dalam komunikasi. Dekat kaunterla akan ada orang datang meluah perasaan pada korang padahal sepatutnya kaunter ni tempat nak ambil maklumat untuk buat permohonan je. Ibarat macam hospital juga mahkamah ni sebenarnya. Hospital bagi orang yang ada masalah emosi dan jiwa. Kita perlulah membantu sedaya yang mungkin. Kalau kita tak dapat jadi penasihat yang baik, sekurang-kurangnya, kita dapat jadi pendengar yang baik. 


Selain dari jaga kaunter, buat kerja-kerja pembantu hakim, setiap hari boleh menghadiri persidangan mahkamah. Kalau dekat MRSHT ni hari bersidang hanyalah pada hari Isnin dan Rabu sahaja. Jadi hari lain korang boleh buat  laporan, atau ke kaunter atau tolong buatkan air untuk staf-staf pun okay. Hehe. Komunikasi itu penting!

Sepanjang saya menghadiri prosiding mahkamah, saya kena duduk bahagian paling depan dalam mahkamah, depan meja tinggi hakim dan mengadap saya adalah peguam-peguam. Saya ditugaskan untuk memanggil kes-kes dan memanggil pemohon untuk tampil ke depan. Ya Allah, memanglah neves. Panggil je pun. Tapi, suara memang kaw-kaw punya kene kuat. Sampai orang paling belakang sekali boleh dengar. So, u can imagine betapa kuat suara saya waktu panggil kes and muka pula perlu maintain. Tak boleh bergurau senda, senyum pada tempatnya. Okay!

Selain dari panggil kes, saya kena ambil ikrar pemohon atau saksi. Okay, yang ni paling neves antara yang laen, sebab ikrar dia panjang dan korang kena hafal, Hafal sebab korang nak pemohon atau saksi tu ikut korang baca. So, imagine kalau korang tergagap-gagap atau tak ingat ayat ikrar tu, mesti korang malu dekat hakim, peguam dan audience yang lain. Takut kalau diorang spotted yang kita pelajar praktikal. Takot diorang tak respect mahkamah. Jadinya, perlulah ada konfiden yang tinggi sewaktu buat bacaan ikrar. Tenang dan guide pemohon/saksi dengan  jelas, Walaupun ada disediakan text ikrar tapi takkanlah korang still nak baca text tu depan orang. Nampak sangat tak profesional. Hehe. 

The happiness waktu dalam mahkamah is bila korang diberi kepercayaan oleh former staf untuk buat semua ni. Korang boleh faham kes dan dapat dengar ulasan penghakiman dari hakim. Bila satu keputusan keluar, kita rasa happy untuk si pemohon yang berjaya, bagi kes-kes yang ada penganiayaan atau lain-lain. Sememangnya, rasa bias tu ada bila dengar masalah dan luahan para pemohon. Meskipun hakim tak boleh buat keputusan berdasarkan emosi dan pujuk rayu pemohon dan hanya berdasarkan bukti, tapi kita sebagai wanita tetap boleh rasa penderitaan kesedihan yang dialami oleh seseorang wanita lain. Tapi, ada je yang tipu-tipu. Bila lama dekat mahkamah ni, korang tak boleh percaya sapa-sapa, sebab kita tak kenal diorang. Jadi kita perlu adil layan customer samaada dari pihak suami atau pihak isteri meskipun kita tahu serba sedikit tentang diorang. Memang kena tabah dan kuat iman dekat mahkamah ni. 

Hmm, kita boleh tengok peguam-peguam soal siasat anak guam dia. Tapi peguam paling legend dan arif banyak enakmen undang-undang, En.Mokhtar. Sempat bersembang dengan beliau dan dia bagi satu kad dia. Terharu. Katanya nanti kalau susah dapat kerja datanglah ke company dia cari pengalaman lagi dalam perguaman. Seronok katanya. 


Bagaimanapun, kesimpulannya praktikal di MRSHT ni adalah pengalaman yang sangat best dan bermanfaat buat saya. Selain dari asah softskill diri saya dapat tahu realiti semasa masyarakat kita pada hari ni. Saya dapat rasakan betapa pentingnya undang-undang Islam dijalankan di negara kita. Saya sedih bila ada penangkapan khalwat yang berlaku di dalam hotel-hotel di kawasan hulu terengganu dan denda yang dikenakan hanyalah sebanyak RM3000 paling tinggi atau penjara selama 2 tahun atau kedua-duanya. RM3000 ni, sikit je. Orang boleh buat banyak kali kot. Tapi, itulah, kita tahu kritik saja, kita perlulah berusaha untuk membaikpulih masyarakat dan negara. 

All da best bagi siapa yang bakal menjalani praktikal. Nasihat saya be yourself! Luaskan networking kita. Jangan jumud tapi jangan hanyut! Jadilah seorang pekerja yang berdedikasi. 

Pembahagian Faraid! 

Selamat maju jaya! bye!