Followers

Thursday, February 12, 2015

Pai Epal & Resepi

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, diberi kekuatan untuk menaip dan berkongsi resepi.. Sebenarnya, saya pun tengok dekat blog orang, tapi bila dah test sendiri, ade la tambah-tambah sikit supaya rasa sedap.

Pai Epal Alshaqina,. Nampak sedap tak? Sedap. Tak tipu.


Ikat rambut kemas2, basuh tangan, baca bismillah, doa supaya jadi and jangan neves! Cool and lets start cooking!

Bahan-bahan : INTI PAI

1) satu biji epal, kita kupas kulit dia dan potong dadu.
2) mentega 2 sudu besar
3) gula 4 sudu besar
4) tepung kanji satu sudu kecil (bancuh dengan air sikit)
5) air kosong (1 cawan kecil)

cara-cara :

1) masukkan mentega sampai cair

2) masukkan epal yang dipotong dadu (kacau bagi mentega mesra dengan epal)

3) masukkan air satu cawan teh, kacau.

4) masukkan gula kacau sampai gula hilang dari pandangan. Hehe. Kacau, biar. Kacau, biar. Sampai jadi kuning sikit, pekat sikit, epal pun jadi lembik. (memang ambil masa lama sikit, jangan risau, awal-awal memang cair, nanti jadi pekat. Make sure api jangan besar sangat, sedang-sedang je)

5) last skali, letak tepung kanji yang dibancuh air. (Sikit-sikit ikut keperluan. Kalau terlebih letak jadi pekat sangat and terlalu sticky, kalau letak sikit tak pekat, so letak ikut keperluan. Agak-agak cair letak sikit untuk pekatkan.

6) letak dalam pinggan. Biar till dia sejuk.


Bahan-bahan : PAI

1) Gandum 2 cawan
2) Garam 3 sudu teh
3) Air 3/4 cawan teh
4) Minyak 2 sudu besar


Cara-cara :

1) campur semua bahan-bahan di atas

2) Kalau terlebih air tambah gandum.

3) Kalau terlalu keras tambah air.

4) pastikan doh tidak terlalu keras dan cair dan tidak melekat pada tangan.

5) dah siap. buat bulat2 macam bola pingpong (buat seberapa banyak yang boleh sehingga doh habis guna), pastu gelek la dengan botol ke apa, pastu masukkan inti, ketip tepi dia. (or nak buat shape laen pun boleh, ikut la). All about creativity.

6) Goreng. Masuk dalam oven pon boleh.


Lastly, boleh hidang and upload on instagram or whatever. Proudly say that this apple pie is ur cooking! Good luck! Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment