Followers

Thursday, February 12, 2015

Minum petang :: Masa muhasabah diri ::


Alhamdulillah. Bestnye dapat minum,sambil-sambil dapat hirup udara petang yang nyaman, angin sepoi-sepoi bahasa. Syukur atas nikmat Allah atas setiap perincian nikmat yang diberikan. Nikmat sihat, tubuh badan yang sempurna, ada gigi, tangan, mata, akal yang waras. 

Dalam merasai kenikmatan yang Allah berikan, marilah kita sejenak berfikir apa yang kita akan lakukan apabila Allah jentik kita dengan sesuatu masalah? Atau Allah tarik salah satu dari nikmat yang kita telah nikmati bertahun-tahun lamanya. Adakah kita akan terus merasa syukur dan tabah merasai ujian? Adakah kita berlaku sebaliknya, merungut, menghina dan mengatakan Allah tidak kasihan pada hambanya dan terus menjauh dariNya. Tepuk dada tanya iman. 

Dua kali fikir, bahawa dalam diri kita, ada segumpal darah yang bernama hati. yang sifatnya berbolak balik. Yakinkah kita bahawa pengakhirannya hati kita tetap mencintai Allah dan agama yang diwahyukan? Lalu, sekiranya kita mengatakan jawapan 'tidak yakin', apa usaha kita? Ya Allah, hati ni sakit penuh dengan wabak api kebencian, nafsu meluap dan maksiat. Kotornya hati kita, sekiranya kita masih leka dengan dunia dan perkara yang melalaikan. 



Akhirnya, Allah mengampuni dosa hamba-hambaNya yang bertaubat dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas. Masih belum terlambat untuk berubah kearah jalan yang lebih baik. jangan jadikan dunia sebagai syurga kita, tetapi jadikan sebagai medan ujian. orang yang berusaha dan bersungguh-sungguh dalam menempuhi medan ujiannya pasti akan dapat natijahnya dan natijahnya di akhirat kelak iaitu syurga bagi orang-orang yang berjaya. Jadikanlah kami dalam kalangan orang-orang yang berjaya itu. Amin.

Bersyukur dan bersabar.

No comments:

Post a Comment