Followers

Friday, September 11, 2015

My Internship Experience!


Bismillah.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah baru selesai mengikuti Program Latihan Industri atau dalam kata lain ialah praktikal. Memandangkan kos saya membolehkan pelajar untuk memilih tempat praktikal sendiri jadi saya memilih untuk praktikal di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Terengganu. 


Bagi pelajar yang ingin memohon praktikal kat situ boleh la buat seperti berikut:

1. Emailkan surat permohonan latihan industri yang dikeluarkan oleh jabatan anda ke       jkstr@esyariah.gov.my

2. atau fakskan surat anda ke nombor berikut kemudian telefon ke nombor untuk membuat pengesahan surat yang kita hantar sama ada sampai atau tidak.

telefon: 096232323
faks    : 096241510

3. pihak pengurusan akan membuat surat balas dalam masa yang terdekat dan cepat. 

4. Dah dapat perlu ikut sistem manual seperti yang ditunjukkan di dalam myum untuk pendaftaran subjek praktikal ni bila dibuka. Kalau susah sangat ada masalah pergi ke SERU bahagian latihan dan kerjaya tak silap. 

5. Boleh juga mohon melalu sistem seperti yang di dalam myum, tapi bagi saya proses dia ambil masa lama. Kesimpulannya, paling mudah, hantar dulu permohonan kepada company yang kita suka, dah dapat surat persetujuan kita, daftar dekat myum ikut cara manual. Semuanya dah ada panduan dalam myum. 

Untuk mohon praktikal di Mahkamah ni, make sure yang korang adalah pelajar syariah. Tak semestinya mesti dari jurusan Syariah Undang-undang. Jadi, jangan takut untuk memohon. 

Okay, masuk kepada pengalaman praktikal di sana. 


Still ingat lagi waktu hari pertama lapor diri, risau, neves tu perkara biasa. Budak baru nak belajar kerja. Sebelum ni tak pernah kerja, even nak kerja kedai runcit umi x bagi. So, zero experience! Macam-macam ada dalam fikiran, nak berkomunikasi dengan staf, dengan pelanggan, dgn pentadbiran, dengan hakim. Semua tu buat kita jadi neves. Neveslah takut kita tak dapat berikan yang terbaik dan bimbang kalau kerja kita tidak memuaskan hati penilai. 

So, dapatlah meja kerja pertama saya dalam hidup. Besar. Puashati. Kerusi pun selesa. Cuma sedih tidak disediakan komputer. Jadi korang perlu bawak laptop sendiri okay! Oleh sebab pakaian rasmi adalah baju kurung, maka sepanjang minggu praktikal sempatlah siap 2 baju kurung saja, hari lain terpaksa pakai jubah sebab pakaian jenis jubah je yang saya pakai sebelum ni. Oh My Jubah! Nasib baik umi tukang jahit profesional! Hehehe.

Kerja utama saya sudah tentulah di unit kehakiman. Tugasnya menyiapkan fail kes yang dah selesai, belum selesai, siapkan perintah mahkamah, jawab panggilan pelanggan, siapkan pembahagian faraid dan sebagainya. Namun, pada masa yang sama kita kenalah lincah dan jangan statik. Walaupun orang tak suruh kita jaga kaunter, kita tu kenalah ringan tulang pegi jaga kaunter, Eh, jaga kaunter ni penting kut kalau nak faham prosedur n nk improve korang punya softskill dalam komunikasi. Dekat kaunterla akan ada orang datang meluah perasaan pada korang padahal sepatutnya kaunter ni tempat nak ambil maklumat untuk buat permohonan je. Ibarat macam hospital juga mahkamah ni sebenarnya. Hospital bagi orang yang ada masalah emosi dan jiwa. Kita perlulah membantu sedaya yang mungkin. Kalau kita tak dapat jadi penasihat yang baik, sekurang-kurangnya, kita dapat jadi pendengar yang baik. 


Selain dari jaga kaunter, buat kerja-kerja pembantu hakim, setiap hari boleh menghadiri persidangan mahkamah. Kalau dekat MRSHT ni hari bersidang hanyalah pada hari Isnin dan Rabu sahaja. Jadi hari lain korang boleh buat  laporan, atau ke kaunter atau tolong buatkan air untuk staf-staf pun okay. Hehe. Komunikasi itu penting!

Sepanjang saya menghadiri prosiding mahkamah, saya kena duduk bahagian paling depan dalam mahkamah, depan meja tinggi hakim dan mengadap saya adalah peguam-peguam. Saya ditugaskan untuk memanggil kes-kes dan memanggil pemohon untuk tampil ke depan. Ya Allah, memanglah neves. Panggil je pun. Tapi, suara memang kaw-kaw punya kene kuat. Sampai orang paling belakang sekali boleh dengar. So, u can imagine betapa kuat suara saya waktu panggil kes and muka pula perlu maintain. Tak boleh bergurau senda, senyum pada tempatnya. Okay!

Selain dari panggil kes, saya kena ambil ikrar pemohon atau saksi. Okay, yang ni paling neves antara yang laen, sebab ikrar dia panjang dan korang kena hafal, Hafal sebab korang nak pemohon atau saksi tu ikut korang baca. So, imagine kalau korang tergagap-gagap atau tak ingat ayat ikrar tu, mesti korang malu dekat hakim, peguam dan audience yang lain. Takut kalau diorang spotted yang kita pelajar praktikal. Takot diorang tak respect mahkamah. Jadinya, perlulah ada konfiden yang tinggi sewaktu buat bacaan ikrar. Tenang dan guide pemohon/saksi dengan  jelas, Walaupun ada disediakan text ikrar tapi takkanlah korang still nak baca text tu depan orang. Nampak sangat tak profesional. Hehe. 

The happiness waktu dalam mahkamah is bila korang diberi kepercayaan oleh former staf untuk buat semua ni. Korang boleh faham kes dan dapat dengar ulasan penghakiman dari hakim. Bila satu keputusan keluar, kita rasa happy untuk si pemohon yang berjaya, bagi kes-kes yang ada penganiayaan atau lain-lain. Sememangnya, rasa bias tu ada bila dengar masalah dan luahan para pemohon. Meskipun hakim tak boleh buat keputusan berdasarkan emosi dan pujuk rayu pemohon dan hanya berdasarkan bukti, tapi kita sebagai wanita tetap boleh rasa penderitaan kesedihan yang dialami oleh seseorang wanita lain. Tapi, ada je yang tipu-tipu. Bila lama dekat mahkamah ni, korang tak boleh percaya sapa-sapa, sebab kita tak kenal diorang. Jadi kita perlu adil layan customer samaada dari pihak suami atau pihak isteri meskipun kita tahu serba sedikit tentang diorang. Memang kena tabah dan kuat iman dekat mahkamah ni. 

Hmm, kita boleh tengok peguam-peguam soal siasat anak guam dia. Tapi peguam paling legend dan arif banyak enakmen undang-undang, En.Mokhtar. Sempat bersembang dengan beliau dan dia bagi satu kad dia. Terharu. Katanya nanti kalau susah dapat kerja datanglah ke company dia cari pengalaman lagi dalam perguaman. Seronok katanya. 


Bagaimanapun, kesimpulannya praktikal di MRSHT ni adalah pengalaman yang sangat best dan bermanfaat buat saya. Selain dari asah softskill diri saya dapat tahu realiti semasa masyarakat kita pada hari ni. Saya dapat rasakan betapa pentingnya undang-undang Islam dijalankan di negara kita. Saya sedih bila ada penangkapan khalwat yang berlaku di dalam hotel-hotel di kawasan hulu terengganu dan denda yang dikenakan hanyalah sebanyak RM3000 paling tinggi atau penjara selama 2 tahun atau kedua-duanya. RM3000 ni, sikit je. Orang boleh buat banyak kali kot. Tapi, itulah, kita tahu kritik saja, kita perlulah berusaha untuk membaikpulih masyarakat dan negara. 

All da best bagi siapa yang bakal menjalani praktikal. Nasihat saya be yourself! Luaskan networking kita. Jangan jumud tapi jangan hanyut! Jadilah seorang pekerja yang berdedikasi. 

Pembahagian Faraid! 

Selamat maju jaya! bye!

Thursday, July 2, 2015

:: Oatsome Overnight Oat ::


Bismillah. Assalamualaikum.

Hai, tadi ade buat overnight oat. Semalam pun ade buat. Tanya orang nak buat. So refreshing, sedap. Rasenya boleh craving kalau balik UM nanti. This is how oat yang x di overnight lagi. Overnight means simpan ni dalam peti ais satu malam. Bagi ade rasa sejuk. Baru best makan. Kalau tengok dekat facebook dah belambak orang buat and katanya sesuai untuk sahur, yes. Sangat sesuai tapi kalau orang tu suka la nak makan benda camni. Perut melayu katakan.


Resepi khas Alshaqina :

1. All you need only oat (boleh beli yang instant oat meal yang xada flavour). Only RM3.90 for small pack. Boleh la, x perlu banyak2, kalau untuk rasa-rasa. Hehe. (Secawan)

2. Susu segar. (1/2 cawan)

3. Yogurt (apa-apa perisa. Kalau boleh beli yang ada perisa instead of natural, takut nanti x boleh makan plak) (1/2 cawan)

4. Fruit. Anything. I chose grape and red apple. (Ikut suka)

5. Gaulkan semua. Hehe. Siap.


Bahan-bahan basic

Potong buah kecik-kecik 


Nampak sedap!



Potong apple!



Yeay, dah gaul semua ni! Simpan peti ais na. Takkan nak tunjuk jugak kot gambar peti ais. Haha.

Happy ending. Boleh, makan time sahur. Kalau craving2 pon boleh. Kalau saya tak tau la tujuan makan untuk apa, tapi bukan untuk diet. Tapi, bila dah makan ni dah kenyang. Tak rasa nak makan nasi. Aha!

Selamat mencuba!

Wednesday, July 1, 2015

:: Projek Kad Raya Alshaqina ::


Bismillah. Assalamualaikum.

Teringin nak throwback dulu beli kad raya and pos dekat kawan-kawan. So, this year rasenye nak challege myself nak bagi kad raya dekat diorang. Omaigad!. Nak cari alamat rumah pulak satu hal. Tak apa. Kita pilih cara yang rare sikit untuk wish. Baru happening!

Projek Kad Raya Alshaqina :: Raya Card's Idea and its meaning 

1. Yeay, this card is so cute. Sory, gambar dress sy amik somewhere dkt internet. (only the dress picture okay). is it wrong? . Anyway, my friend yang akan dapat kad raya design ni, she's to me seorang yang complicated but actually she's not. Just, the way of her thinking is different from others. A little bossy but sweet. Sometime, she really annoyed you, but actually she didn't mean to do that. That's why I said before, she has a different way of thinking. Haha. Confident and bright when she's happy and she can be really sensitive. I like the way she talks and the way she dress up. Simple, nice, sweet and comfortable. I love you. Just the way you are! Happy Hari Raya!



2. My second idea of raya card. Yeay! I will give this card to a person that I think she's unique. The way she thinks generally. When I think of her, I always think that I will never get close to her. Cakap terus terang depan-depan kot. Pedih wo! Haha. Her opinion and mine sometime clash teruk. But,she has her own point of stand. Ada pendirian teguh susah nak sway unless kalau point lawan tu logik, masuk akal and ada fact okay. She's stubborn but in a way of nak pertahankan idea dia. Haha. Of course, innerly kita x tahu. Maybe, she fight for a reason.  Love you babe, just the way you are. Happy Hari Raya!




3. Yeay. Third idea for my raya card. Maaf la nampak aurat sikit kad ni. Okay, this one for a friend that has a simple mind. Tak suka berkira, selalu mengalah. She's good, nice. she's so bright! Yes, she has a lot of friends. Look like she talk much, but she's actually a secretive girl. but, she so funny! Generally, this kind of friend is close to myself. Maybe I have the same personality. Little. Anyway, she's the type yang semua orang boleh masuk, sebab she's so simple. annnnnddd, dia kuat berangan. Haha. It's okay, keep dreaming! you are about reaching the destination. I love you, just the way you are. Happy Hari Raya!



4.  Omaigad! Finally the last one. Release. This card is special. No, I mean all cards are special. Kad ni untuk kawan-kawan yang saya rasa she's the angel of life. She has a very good heart. She's pretty with akhlak and made me respect her more and always inspire people to do good. I love you just the way you are!




Conclusion is, Im not being racist with any of my friends. I realized yang semua orang memainkan peranan yang penting dalam kehidupan saya. Yes, sometime they hurts me. Tapi, sebenarnya itulah proses kehidupan kita. Forgive and forget. Give and take sometime we practice win-win situation. Saya minta maaf to all my friends, my bad. Hehe. I really appreciate each of my friend sama ada dia rapat atau tidak. Dalam diri setiap orang ada baik buruk. Kita ikut yang baik, yang buruk tu pandai-pandai fikir. Jangan kita minta orang faham kita, tapi kitalah yang faham kawan-kawan kita dulu. I love you guys, in the name of Allah. Insyaallah.

So, which one of the cards do you think that u'll get it?

1, 2 ,3 ,4 ?

Be yourself. Happy Fasting and Happy Hari Raya!

Sunday, June 14, 2015

:: Hanna is on her make up ::

Assalamualaikum,

This is limited addition. Hanna is on her make up. She's so pretty. Just rase nak make up dia on that night. I found out that I have little talent and skill in make up things. Aha! Tibe-tibe after make up dia,rasa nak kerja make up part time. Dun worry, only MYR 50 per person. LOL. Kuat berangan. Here Hanna's picture!


She's pretty,pretty,pretty. Hehe.

This simple look only use:

In2it foundation 01 rose, brown eyebrow pencil, maybeline for eye shadow (pinjam roomate), lipstick 15 soft pink from artist, pemerah pipi xde. Hentam je guna eyeshadow Maybeline, eyeliner. Dah. Hehe.

Sekian dari make up artist tak bertauliah.
Assalamualaikum.

Ikhlas from, a person who discover a new world. Hehe. 💜

Tuesday, June 2, 2015

:: Me & Bridemaids in Afzyan Wedding ::


Salam, 31 hb May 2015 berlangsung pernikahan, perkahwinan sahabat dari sekolah rendah, Nurul Izyan. Tahniah and happy for her. ♥

Few momments to share as i'm a part of the team. We were called, The Mint Bridemaids! Tapi, not too tepat sebab ade kaler macam2, but still in the same tone. Still looked good! Aha! 





























Sebenarnya, cantik jugak kaler mint + jubah pink coffee. Sesuai dengan warna kulit saya. Berangan, nanti nak kawen nak pilih warna ape. Gambar pengantin, soon upload. Bye.

Thursday, February 12, 2015

Minum petang :: Masa muhasabah diri ::


Alhamdulillah. Bestnye dapat minum,sambil-sambil dapat hirup udara petang yang nyaman, angin sepoi-sepoi bahasa. Syukur atas nikmat Allah atas setiap perincian nikmat yang diberikan. Nikmat sihat, tubuh badan yang sempurna, ada gigi, tangan, mata, akal yang waras. 

Dalam merasai kenikmatan yang Allah berikan, marilah kita sejenak berfikir apa yang kita akan lakukan apabila Allah jentik kita dengan sesuatu masalah? Atau Allah tarik salah satu dari nikmat yang kita telah nikmati bertahun-tahun lamanya. Adakah kita akan terus merasa syukur dan tabah merasai ujian? Adakah kita berlaku sebaliknya, merungut, menghina dan mengatakan Allah tidak kasihan pada hambanya dan terus menjauh dariNya. Tepuk dada tanya iman. 

Dua kali fikir, bahawa dalam diri kita, ada segumpal darah yang bernama hati. yang sifatnya berbolak balik. Yakinkah kita bahawa pengakhirannya hati kita tetap mencintai Allah dan agama yang diwahyukan? Lalu, sekiranya kita mengatakan jawapan 'tidak yakin', apa usaha kita? Ya Allah, hati ni sakit penuh dengan wabak api kebencian, nafsu meluap dan maksiat. Kotornya hati kita, sekiranya kita masih leka dengan dunia dan perkara yang melalaikan. 



Akhirnya, Allah mengampuni dosa hamba-hambaNya yang bertaubat dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas. Masih belum terlambat untuk berubah kearah jalan yang lebih baik. jangan jadikan dunia sebagai syurga kita, tetapi jadikan sebagai medan ujian. orang yang berusaha dan bersungguh-sungguh dalam menempuhi medan ujiannya pasti akan dapat natijahnya dan natijahnya di akhirat kelak iaitu syurga bagi orang-orang yang berjaya. Jadikanlah kami dalam kalangan orang-orang yang berjaya itu. Amin.

Bersyukur dan bersabar.

Pai Epal & Resepi

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, diberi kekuatan untuk menaip dan berkongsi resepi.. Sebenarnya, saya pun tengok dekat blog orang, tapi bila dah test sendiri, ade la tambah-tambah sikit supaya rasa sedap.

Pai Epal Alshaqina,. Nampak sedap tak? Sedap. Tak tipu.


Ikat rambut kemas2, basuh tangan, baca bismillah, doa supaya jadi and jangan neves! Cool and lets start cooking!

Bahan-bahan : INTI PAI

1) satu biji epal, kita kupas kulit dia dan potong dadu.
2) mentega 2 sudu besar
3) gula 4 sudu besar
4) tepung kanji satu sudu kecil (bancuh dengan air sikit)
5) air kosong (1 cawan kecil)

cara-cara :

1) masukkan mentega sampai cair

2) masukkan epal yang dipotong dadu (kacau bagi mentega mesra dengan epal)

3) masukkan air satu cawan teh, kacau.

4) masukkan gula kacau sampai gula hilang dari pandangan. Hehe. Kacau, biar. Kacau, biar. Sampai jadi kuning sikit, pekat sikit, epal pun jadi lembik. (memang ambil masa lama sikit, jangan risau, awal-awal memang cair, nanti jadi pekat. Make sure api jangan besar sangat, sedang-sedang je)

5) last skali, letak tepung kanji yang dibancuh air. (Sikit-sikit ikut keperluan. Kalau terlebih letak jadi pekat sangat and terlalu sticky, kalau letak sikit tak pekat, so letak ikut keperluan. Agak-agak cair letak sikit untuk pekatkan.

6) letak dalam pinggan. Biar till dia sejuk.


Bahan-bahan : PAI

1) Gandum 2 cawan
2) Garam 3 sudu teh
3) Air 3/4 cawan teh
4) Minyak 2 sudu besar


Cara-cara :

1) campur semua bahan-bahan di atas

2) Kalau terlebih air tambah gandum.

3) Kalau terlalu keras tambah air.

4) pastikan doh tidak terlalu keras dan cair dan tidak melekat pada tangan.

5) dah siap. buat bulat2 macam bola pingpong (buat seberapa banyak yang boleh sehingga doh habis guna), pastu gelek la dengan botol ke apa, pastu masukkan inti, ketip tepi dia. (or nak buat shape laen pun boleh, ikut la). All about creativity.

6) Goreng. Masuk dalam oven pon boleh.


Lastly, boleh hidang and upload on instagram or whatever. Proudly say that this apple pie is ur cooking! Good luck! Selamat mencuba!