Followers

Wednesday, April 16, 2014

Ilham Dari Kembara

Assalamualaikum,

Salam sayang buat semua.



Disebalik kehampaan tersembunyi keceriaan. Allah tak beri apa yang kita mahu, tapi Allah bagi apa yang kita perlu. Allah lebih mengetahui. Oleh itu kamu jangan bersedih.

Semua manusia dianugerahkan kegembiraan sama ada pada awal , tengah dan akhir hidupnya. Maka, apabila hari ini hidup kita tragis, barangkali kita telah menikmati kegembiraan itu pada waktu lalu. Suka dan duka silih berganti umpama sesetia malam kepada siang. Kedua-duanya pasti ada.

Kita takkan nampak persamaan kalau kita terlalu memandang perbezaannya. Oleh itu, belajar untuk menerima kekurangan dan kelebihan diri dan orang lain. Insyaallah,hidup pasti aman.

Jika kita meniti jambatan berduri, biar tenang air dikaki. Jika mencari cinta abadi, biar terang keikhlasan dihati, jika mencari kekasih hati, biarlah ia membawa seribu erti. Hidup ini adalah satu perjalanan,  perjalanan pula terdapat pelbagai ujian. Setiap ujian itu tersirat hikmatnya. Setiap hikmat menjadi anak kunci keinsanan.

Yang lalu sudah pun berlalu, yang penting kini ialah memberi tumpuan kepada yang akan datang. Walau dugaan datang melanda, yang berlari teruskan berlari, jika tidak mampu berjalanlah, jika tidak mampu merangkaklah,jika tidak mampu bergeraklah pada kadar mampumu. Apa yang penting teruskan bergerak dan jangan putus asa.

Kata-kata semngat buat sahabat.
Ikhlas dari saya.

Alshaqina Nana